• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

e-Forum Alumni

_____________________________________________________________________________________________________________
1. PN SITI HAFIZA OTHMAN (SPM1998)
“ Kejayaan individu bukan dikira berapa banyak A yang diperolehi tetapi kejayaan seseorang individu adalah bagaimana individu itu mampu mengharungi cabaran, dugaan, masalah dan apa sahaja yang akan datang. Yang penting keinginan untuk berjaya itu ada. Dan apa bidang yang diceburi pun tidak penting. Yakin setiap kita adalah bernilai di muka bumi Allah ini. Jangan sesekali ada rasa bongkak dalam diri kita ”.

-Pn Siti Hafiza bt Othman-
SPM1998
Ijazah dalam Bimbingan & Kaunseling
Universiti : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pekerjaan : Pensyarah Pendidikan
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di cthafiza@yahoo.com
_____________________________________________________________________________________________________________

2. PN MASHITAH ZA (SPM2006)
“ Lepas habis belajar, terus la berniaga atau kerja kilang, kerja kat mall atau kumpul duit dan kerja-kerja lain. Sebab nanti nak sambung belajar, boleh ringankan beban ibubapa nak bayar pengajian untuk ke IPTA/S.  Ianya juga sebagai salah satu pengalaman yang boleh dijadikan perkara penting dalam menyediakan ‘resume’ untuk pekerjaan yang akan dipohon selepas tamat pengajian. Ingat adik-adik kerja kena buat betul-betul walaupun hanya pekerja kilang. Bukan budak sekolah dah. Nanti ketua bahagian akan memberi komen positif/negatif berdasarkan kerja kita “.

-Pn Mashitah ZA-
SPM 2006
Master in Muamalat Banking
Universiti : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pekerjaan : Islamic Banker (Shariah Researcher)
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di miss_michi@yahoo.com
_____________________________________________________________________________________________________________

3. CIK ATIQAH NAJWA GHARIB (SPM2007)
"Seronoknya Belajar di Luar Negara”.
(Berdasarkan pengalaman di India, dan perkongsian pengalaman dari rakan-rakan di Indonesia, Timur Tengah)

Kami bukannya penari Sakura di bawah pokok sakura Jepun,
Kami bukannya berlari-lari keriangan di ladang bunga India,
Kami bukannya ber'ayat-ayat' cinta, assalamualainkum cinta di padang pasir,atau main salji aci snowman di bandar London.

1. You know English??
Either simple english/arabic pun akan bergaduh macam ayam dengan itik. Main issue is different 'slang'.. kita sebagai 'pendatang' perlu menyesuaikan diri dengan keadaan setempat eg. kat india, motor disebut 'motar'. Sebulan pertama, memang la, "weh, nama topik yang prof ajar tadi pun aku tak dapat tangkap"" hahaha.

2. Local languange
Usually penduduk setempat tak dapat menerima doktor yang tak tau cakap bahasa tempatan, asyik-asyik 'kannada gotilla"" (saya tak tau Kannada).. and of course, banyak masalah clinical practice when the problems were not being conveyed properly.


3. Say Hi to Salmonella Typhi
Admiited hospital is common among pelajar tahun 1, dan penjaga tetap disisi adalah sahabat-sahabat seperjuangan (xde nak ngada-ngada mak ayah datang). Common cases are food poisoning, thyphoid and dengue, and ada jugak yang kena TB. Huhu

4. RTA (Road Traffic Accident)
Accident results in fracture, patah tulang and sometimes death. So, korang yang nak pergi oversea tu, sebagai persediaan kena tau pengurusan jenazah jugak dan bergaul dengan local muslims. We never knew, mungkin kita atau sahabat kita yg 'balik' Malaysia dulu.

5. Emergency Flight
In case of kematian/sakit ahli keluarga dan lain-lain, simpan duit selalu beringat perkara ini.

6. Senang je belajar medical subject ni~hafal je
50% of Malaysian medical student (yang result SPM gempak) tak dapat menamatkan pengajian ontime a.k.a. FAIL... so, buat jela conclusion sendiri medic susah ke senang. Tapi, kalau pandai sesuaikan diri, best student tu tak mustahil

7. Salam Perantauan
Acah-acah happy je tu send salam perantaun pakai baju melayu, yang sebenarnya time raya kena pergi kelas/exam/clinic. Hahaha.

8. Culture
Di sini, favourite culture is singing n dancing. So, kena amatlah bertegas bile dipaksa untuk menari...huhu..tak termasuk lagi drinking habits, menari dikhalayak ramai dengan muzik menggegarkan tingkap! and oh, jangan keluar dihari perayaan Holi, pergi kelas dengan labcoat warna putih, balik dah jadi warna rainbow. Haha

9. Orang Ajak Sembah Patung??
Err. Yang ni selalu saya berdiri ditepi (though berdiri la jugak, n tanggal kasut jugak).. ade jugak yang bertanya, are you Buddhist? Eventhough dah terang-terang saya pakai tudung. Huhu

10. Universiti ala2 citer Mohabbatein??
Ini sumpah satu penipuan! haha.. takde satu pun lecture hall yang ada aircond, klinik pun takde aircond,... di sini masih lagi pakai bangku kayu dan papan hitam kapur. Tingkap yang pecah hanya ditampal dengan surat khabar/xray film. Hehehe. Buat apa ganti baru membazir je.

11. Blackout
Oops, takde elektrik dan terperangkap dalam lift! Tunggu je generator kejap.
Oops, blackout and surgery ongoing! torchlight phone ade..
Oops, blackout and mesin photostat tidak berfungsi! Awak datang petang nanti bila dah ada elektrik. And this happens everyday, 5-6 times daily.

13. Strike Today, Class Cancelled
Strike or mogok/rusuhan seldom happens bile government announced something yang tak dipersetujui orang ramai. Contoh : harga sayur tak naik (petani marah), harga petrol naik, harga cukai naik (pengangkutan awam semua mogok sehari) dan kedai-kedai tak dibenarkan buka, assault kes meningkat di hospital (gaduh sesama sendiri) and as foreigner jangan masuk campur, duduk diam-diam dalam hostel. Huhu

14. Siapa Kata Politician Je Main Rasuah?
Adalah sesuatu yang biasa, student-student rasuah penjaga lab / examiner supaya diberikan eksperimen yang senang, jawapan. etc. akhirnya soalan-soalan susah dicampak kepada kami. Adoi…

Ada banyak lagi cerita-cerita yang ingin dikongsikan, tapi cukup dulu setakat ini. Kesimpulannya, saya tak kata belajar luar negara tak seronok, tapi kalau suruh belajar lagi 5 tahun di sini, sumpah tak nak! Hahaha. Tapi, ibrah dan hikmahnya banyak, saya amat bersetuju sekiranya kerajaan hendak meramaikan tajaan pelajar luar negara di tempat-tempat yang susah, yang mengajar tinggi rendahnya langit dari bumi yang kita pijak... (ade jugak yang jenis merungut kesudah, exam fail kesudah) yang baik dijadikan contoh, yg buruk dijadikan teladan. All the best SAIFUNNAJJAH! Either belajar dalam negara or luar negara both ada hikmahnya tersendiri. Rezeki Allah itu ada dimana-mana. Wallahualam.

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji"". (31:12)

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"".(14:7)"

"The Risk in Private Overseas Studies?

1. Bajet
Purata pengajian 5 tahun di luar negara boleh mencapai RM300k-500k keseluruhannya kecuali di US/Ireland/UK could cost up to 1 million. Tetapi kalau parents purata pendapatan setahun lebih dari RM300k tiada masalah untuk pembiayaan pelajaran luar negara.

2. Tiada Jaminan Mendapat Tawaran Biasiswa MARA/JPA
(Sungguhpun cemerlang keputusan tahun 1) atau duit zakat. MARA/JPA tiada tanggungjawab untuk meluluskan permohonan biasiswa anda kerana syarat dan pemilihan penerima biasiswa berdasarkan SPM. (Kalau tak, semua orang boleh ambik medic and apply biasiswa kemudian, tak perlu susah payah score SPM). Duit zakat pula lebih baik disalurkan kepada pelajar dalam negara. Kos untuk seorang pelajar luar negara boleh menampung 10 org pelajar dalam negara.

3. Kadar Pertukaran Matawang Asing yang Tidak Menentu
Melibatkan ekonomi negara sendiri dan ekonomi negara yang kita belajar dan 5-6 tahun pengajian adalah tempoh yang lama (kalau lulus semua sem, eheh). Bajet jangka masa panjang juga melibatkan kadar pertukaran matawang asing, so,.. we would usually consider overbudget sikit eg. 1USD=RM5.

4. Kadar Yuran Pengajian yang Tinggi dan Tidak Menentu
Banyak universiti di luar negara yang menaikkan kadar yuran sesuka hati, yakni tiada perjanjian tetap kadar yuran selama 5 tahun.

5. Ketidakstabilan Politik Negara Asing
Kemungkinan tidak dapat meneruskan pengajian kerana keadaan negara yang tidak aman. Maka duit dan masa yang telah dihabiskan menjadi sia-sia.

6. Qualification Universiti Ditarik Selepas Setengah Jalan
Sungguhpun hal ini boleh terjadi pada penerima biasiswa MARA/JPA, tetapi JPA akan bertanggungjwab ke atas kesilpan pihak penaja.

7. Keselamatan dan Kesihatan
Kita tak minta berlaku, tapi ia memang berlaku, kes seperti kemalangan, sakit kronik yang menyebabkan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian. Walaubagaimanapun ibu bapa tidak akan terbeban untuk membayar yuran sekiranya pelajar dibawah tanggungjwab pihak penaja.

Ada banyak lagi risiko yang boleh berlaku. Akan tetapi perkara yang penting tetap JANGAN SUSAHKAN IBUBAPA DENGAN PILIHAN ANDA. Keberkatan hidup bukan sekadar memenuhi fardhu kifayah (atau berbangga dengan gelaran doktor).

Wallahualam

Student private yang dah fly, all the best in your studies. We always pray for the best, though He knows best."

-Cik Atiqah Najwa bt Gharib-
SPM2007
Bachelor of Dental Surgery (BDS)
Universiti : College of Dental Sciences, India
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di atiqahnajwa91@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________________________

4. CIK NUR ATHIRAH MOHD NOOR (SPM2008)
Assalamualaikum adik-adik. Tahniah sebab adik-adik dah lepas tahap SPM. Ingat! Masa depan yang bakal anda hadapi adalah kompetetif. Jadi you guys kena aktif dan jangan malas ye. About bidang, nasihat akak, apa pun bidang yang korang ceburi, lakukan lillah dan bersungguh-sungguh okay. Intai semua peluang yang ada masa zaman belajar di universiti nanti. Uni@Kolej@any institusi yang seakan dengannya. Itu bukan waktu bulan madu ye. Tetapi tidak bermakna tak boleh bersosial, yang penting korang tahu nak bahagi masa. Dari segi pemilihan bidang, korang kalau boleh ceburi bidang yang menyediakan peluang pekerjaan yang luas dam memang ada dalam Malaysia kalau nak stay di Malaysia la. Then try cari peluang dapatkan biasiswa@tajaan belajar yang boleh ikat korang dengan mana-mana company besar dalam Malaysia ni. In syaa Allah terjamin. Sebenarnya ada benda lagi akak nak cakap, tapi akak da mengantuk la pulak. Anything nak tanya korang inbox FB.

-Cik Nur Athirah binti Mohd Noor-
SPM2008
ACCA Perakaunan
Universiti : Sunway University
Pekerjaan : Juruaudit (Audit & Perakaunan)
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di nur.sr28@gmail.com atau di Facebook (https://www.facebook.com/nurathirah.noor)
_____________________________________________________________________________________________________________

5. CIK NUR LIYANA MOHD ANUAR (SPM2011)
Assalamualaikum adik-adik. Mesti seronok lepas SPM ni. Boleh rehatkan otak yang setelah lama tidak direhatkn. But, takkan lah 5 bulan sementara nak tunggu sambung belajar tu tak buat apa-apa kan? Here are some suggestions :

1) BEKERJA SAMBILAN.
Yang perempuan boleh lah kerja sebagai cikgu tadika ke, baby sitter ke, keje dekat kedai buku, kedai kasut, kedai jahit. jadi promoter kat supermarket pun boleh. Yang lelaki pula boleh kerja dekat stesen minyak, kat hotel ke, kat workshop, dekat kebun or ladang ataupun, kerja katering @ DM (just suggestion je lah)  banyak lagi kerja yang boleh korang buat.

2) DAPATKAN LESEN MEMANDU
Yang ni saya confirm mesti ramai yang buat. Maklumlah, ni je masa yang ada. Kena lah gunakan. Bila dah dapat lesen tu, baru lah rasa best sikit nak sambung belajar.

3) MASUK KELAS KOMPUTER
Seronok gak belajar komputer ni. Susah-susah sangat, korang mintak tolong abang ke kakak ke yang pro ajarkan korang tapi zaman sekarang ni mesti ramai yang dah tau pasal komputer. Boleh try programming. Kat universiti nanti ada kemungkinan besar akan belajar programming (depends on course, kalau ambil bio, law tak kot).

4) Untuk yang perempuan, boleh BELAJAR MENJAHIT.
boleh jahit baju kurung pun okay lah..  boleh pakai untuk diri sendiri.. 

5) BELAJAR MASAK 
Korang ada dua pilihan, sama ada nak belajar masak dari mak@nenek@kakak korang ataupun, pergi kelas memasak. (memang bersungguh-sungguh betul siapa yang pergi kelas memasak tu).

6) BUAT CUPCAKES, CAKES AND BISKUT 
Untuk sesiapa yang minat, bolehlah buat benda ni. Quite interested!

8) WATCH MOVIE AND DRAMA
(Yang bermanfaat) ambik IBRAH. Relate dengan kehidupan kita. Dan fikir what need we do to change something bad.

9) BACA NOVEL@BUKU BEST!
Tambah pengetahuan. Nampak cool kalau kita tahu banyak ilmu. Seriously! Tapi jangan berlagak pulak share ilmu yang ada okay! Pahala berterusan.

11) TULIS NOVEL @ BUKU.
Wahhh!!  Bunyi macam gempak je. Tak salah kalau korang ada bakat, just keep going!!  Hantar lah manuskrip korang dekat agensi penerbitan buku. Kalau ada rezeki korang, dah jadi novelis muda.

12) BUAT REVISION OR BUAT PREPARATION UNTUK SAMBUNG BELAJAR Actually, ilmu yang kita belajar digunakan untuk hidup, bukan untuk exam semata-mata.  So, jangan lupa apa yang kita dah belajar selama ini.

13) JALAN-JALAN DENGAN FAMILY ATAU KAWAN-KAWAN.
Time sekarang je lah yg ada masa nak luangkan. Dengan kawan-kawan, lepas ni maybe jumpa kawan-kawan yang baru, so, masa nie lah kita nak spend time untuk kawan-kawan.

14) SIBUK CARI UNIVERSITI N ETC
Siapa yang result excellent, sure banyak isi scholarship sana sini. Mesti korang sibuk punya lah BUAT PREPARATION UNTUK INTERVIEW. Nak kena search sana sini, apa-apa pun, all the best to all of you.

Grab the chance! Spend it well, peace !
Salam dari Bumi Sakura.

-Cik Nur Liyana binti Mohd Anuar-
SPM2011
Ijazah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Universiti : Kinki University, Osaka, Japan
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di yaya940817@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________________________

6. CIK SAIDAH NAFISAH ZULKUPLI (SPM2011)
"Bismillahirrahmanirrahim.

GENERAL SHARING

Untuk semua lepasan SPM, dinasihatkan agar adik-adik dapat memanafaatkan kemudahakan teknologi yang ada. Carilah sebanyak mungkin program Pre University(Pre-U program)  yang ada dan pastikan anda tahu pros and cons sesuatu program supaya bila ditawarkan, anda bersedia untuk menghadapi cabaran yang ada.  Refer gambar rajah di bawah untuk basic understanding halatuju selepas SPM.


Link di bawah ni ada terangkan serba sedikit lebih banyak peluang untuk sambung belajar yang ramai tak tahu such ALAM, SPA, Maktab etc.


Jangan hadkan pilihan, mohon sebanyak mungkin peluang yang ada, bersesuaian dengan minat dan jangan lupa check juga minimum requirement sebelum apply.  Sebab kita sendiri tak tahu rezeki kita yang mana, tambahan zaman sekarang ni competition tinggi.

PERSONAL SHARING

Selepas SPM, Alhamdulillah saya ditawarkan untuk mengikuti program International Baccalaureate(IB) diploma selama dua tahun as a preparation for degree program di Kolej Mara Seremban (KMS). Selain IB ada juga program lain seperti A-Level, AUSMAT, SAM, American Degree Transfer Program(ADTP) dan lain-lain. Apa beza program-program Ini dengan asasi, matrik  dan diploma? Program-program ni juga merupakan pre-u program sama macam asasi dan matrik cuma sijilnya diiktiraf lebih meluas atau spesifik ikut negara. SAM dan AUSMAT untuk ke Australia dan New Zealand. ADTP untuk ke Amerika Syarikat, IB dan A-Level valid untuk kebanyakan negara. Since these programs are certified from overseas, cost tentulah tinggi dan syllabus juga berbeza. A-Level is more to exam oriented manakala  IB dan AUSMAT more to coursework based. (details program lain kalau nak tau, google lah ;) )

Semasa di IB, saya ambil enam subjek for final exam, ada internal assessment untuk Science subject yang memerlukan report setiap minggu, kena belajar subjek Critical thinking yang dinamakan Theory of Knowledge, buat mini thesis yang dinamakan Extended essay etc. Tapi yang seronoknya, perlu buat Creative, Action, Service (CAS) activities minimum 180 jam (kot?) selama dua tahun. CAS ni macam khidmat masyarakat. Join club, raise fund and buat la apa-apa program. Pengalaman saya buat program motivasi dengan anak-anak yatim, jadi fasi untuk English reading program dengan kanak-kanak pedalaman dan sebagainya. Walaupun penat, seronok sebab dapat berbakti untuk masyarakat. Kalau tak cukup hours tak dapat sijil graduate kot, mesti kena buat juga.

Selepas IB (2 tahun, lama tau sebab tu ramai prefer ambil foundation je setahun) , saya sambung degree di INTI International University, Nilai selama setahun dan kemudian transfer ke The University of Adelaide(sekarang) under Australia  Degree Transfer Program. Perjalanan saya pun masih jauh lagi, sama macam adik-adik, so lets fight till the end!

Ke manapun hala tuju selepas ini, bersyukurlah dengan rezeki yang kita dapat. Jangan lupa untuk cari/hidupkan suasana tarbiah sebab makin kita dewasa, makin kurang rules and regulation yang kita rasa ‘mengongkong’ sangat masa sekolah tu. And somehow sometimes you’ll miss it heh. Tapi, di mana pun kita berada, masih di bawah langit yang sama dan masih terikat kepada peraturanNya sebagai hamba. Pengalaman saya yang paling berharga semasa mengikuti usrah bila seorang uncle Chinese yang homeless (sebab anak isteri dia halau sobs) approach kami yang tengah baca Quran dekat taman dan nyatakan ketenangan dia dengar Quran) Alhamdulillah uncle tu syahadah dekat situ jugak dengan bantuan senior lelaki yang lalu tengah jogging (terharuuuuu dan tak boleh lupa sampai hari ini).

All the best, juniors !

Further inquiries, insyaallah bersedia membantu jika ada masa.

-Cik Saidah Nafisah binti Zulkupli-
SPM2011
Bachelor in Science
Universiti : The University of Adelaide
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di saidahnafisahz@icloud.com atau di Facebook (Saidah Nafisah)
_____________________________________________________________________________________________________________

7. CIK AELINA KHAIRINA MOHD ARIFIN (SPM2012)
" UiTM menawarkan yuran yang rendah, kolej juga disediakan secara percuma bagi pelajar diploma, tetapi, kapasiti kolej bagi UiTM mengikut kampus. Ada kampus yang semua pelajar tinggal di kolej, ada kampus yang separuh menyewa di luar, separuh tinggal di dalam kolej. UiTM melahirkan pelajar yang bukan sekadar fokus pada akademik semata-mata. terdapat modul 'Kemahiran Insaniah' untuk 3 semester. modul tersebut melatih mahasiswa untuk berkerja dalam kumpulan, pengurusan organisasi dan tips untuk interview dan membuat resume

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM):
-Diploma Sains Aktuari
-Diploma Statistik
-Diploma Sains Matematik
-Diploma Sains Komputer.
bagi fakulti FSKM, basic yang pelajar perlu ada adalah Addmath. Semua kos dalam fakulti FSKM akan belajar subjek calculus yang berkait dengan Addmath. Terdapat juga  subjek membaca walaupun fakulti matematik. Belajar bukan nombor semata-mata teori pun ada juga.

Kalau nak maklumat lanjut berkaitan UiTM, boleh tanya.

-Cik Aelina Khairina binti Mohd Arifin-
SPM2012
Diploma in Mathematics
Universiti : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di khairinaelina@yahoo.com atau Facebook (Aelina Arifin). 
_____________________________________________________________________________________________________________


8. EN KAMAL FIKRI KHAIRUL AZMI (SPM2013)
Pertama pemilihan pengkhususan haruslah dan tidak mesti tidak mengikut minat masing-masing. Tiada salahnya jika mengikut kata ibu bapa. Tetapi harus diingat bahawa bukan ibu bapa kita yang hendak belajar tetapi diri kita sendiri. Kedua dalam memilih pengkhususan kelak, haruslah kita berfikir dari awal lagi tentang skop kerja pada masa akan datang. Banyakkan membuat kajian tentangnya. Sebagai contoh, doktor mahupun jurutera yang kita ketahui bilangannya meningkat dari semasa ke semasa, dan bilangan pelajar yang menuntut  dalam jurusan perubatan dan kejuruteraan juga meningkat, akan meningkatkan tahap kompetensi dalam pencarian kerja pula. Cubalah untuk memilih pengkhususan yang kurang orang berminat akannya. Tetapi ini cuma cadangan.Terpulang kepada diri andara sendiri dalam memilih dan menentukan masa hadapan. Sekian. Bittaufiq Wa Annajah. Assalamualaikum.

-Kamal Fikri bin Khairul Azmi-
SPM2013
Ijazah Bahasa Arab Komunikasi Antarabangsa
Universiti : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
*Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui email di kfik96@gmail.com 
_____________________________________________________________________________________________________________

3 comments:

  1. Tahniah kepada semua alumni yang memberikan kerjasama. Tidak terlupa juga kepada batch SAIFUNNAJJAH yang berusaha untuk mendapatkan input daripada pihak alumni. Syukran.

    ReplyDelete
  2. do apply for PNB Oversea scholarship.. It requred 8As (A+ and A) I guess

    ReplyDelete
  3. Hello,

    Jika berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat university samada Diploma, Degree atau Masters, kami ada program-program menarik dan relevan. Tambahan pula ada RM25 Juta biasiswa yamg ditawarkan.

    Sila hubungi Nizam, 011-2806 3089 untuk maklumat lanjut.

    Boleh juga layari https://matkarier.wixsite.com/lepasansekolah atau https://www.facebook.com/MatKarier/

    ReplyDelete

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat